Paman Edan, Paksa Ponakan Sendiri Untuk Oral Seks
Berita Terkini ~ Hakim N Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 22 tahun itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 23 Desember, tertuduh mengaku bersalah setelah dibacakan keputusan.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan kemaluannya ke dalam mulut korban dengan tujuan seksual di sebuah rumah di Taman Aman Perwira, dekat Kuala Ketil, pada jam 10 malam 15 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.
Bagi dakwaan mengikut Seksyen 16 akta sama juga, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Savinder Singh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Savinder dalam pendakwaannya memohon mahkamah memberi hukuman maksimum kepada tertuduh kerana kekerasan digunakannya dalam memaksa mangsa melakukan perbuatan tersebut.
Selain itu, hukuman berat dipohon pihaknya juga dengan mengambil kira perbuatan dilakukan itu membabitkan kesalahan serius terhadap anak saudara sendiri.
Sumber penmerahpress
Mau Dana Lebih Dengan Modal Kecil??
Coba Saja Klik Link Ini == https://goo.gl/X8UEkB Modalnya 20.000 Doang!!
Post a Comment